Thursday, 28 June 2012

Andai itu takdirnya..

Andai ini takdirku, berilah aku kekuatan dan ketabahan untuk menghadapinya ya Allah..redhakanlah hatiku untuk menerima segala-gala yang Kau janjikan untukku..dan ampuni aku hamba-Mu kerna sering mempersoalkan takdir yang telah Kau tentukan.


Sesungguhnya setiap langkah kakiku telah Kau takdirkan, dan hidup matiku dalam perancangan-Mu ya Allah.

#Ampuni aku ya Allah, aku hamba-Mu ya lemah dan alpa.Berikan aku kesabaran untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.



Being here only for temporary..

Sedih.
Andai saya tahu bila akhirnya saya berkesempatan untuk tersenyum dan ketawa, saya akan berusaha untuk senyum dan ketawa..membahagiakan dan menggembirakan mereka yang berada dalam carta hati ini.
menyingkirkan setiap kegusaran dan kesedihan demi mereka. pedih dan sedih pasti akan disimpul dan disimpan jauh di dasar hati, biar tiada siapa yang tahu .demi melihat mereka tertawa bahagia.

Tiada siapa yang tahu, saat terakhir mereka berada di sini.. di pentas dunia yang penuh pancaroba. dunia yang fana,yakni dunia yang sementara. demikian juga saya dan mereka.


Aku berserah kepada-Mu ya Allah

Setiap peristiwa pasti ada hikmahnya, dan saya percaya. mungkin suatu ketika dulu, mungkin juga sehingga ke detik ini saya membuat kesilapan..yang pada saya,bukan satu kesalahan..tapi satu kesilapan bagi mereka.Dan aku berserah kepada-Mu ya Allah.


Sesungguhnya melaksanakan apa yang hati kita,naluri kita perlukan,bukan sesuatu yang mudah..tidak semudah mengupas kulit kekacang, tidak juga sesenang mengunyah gula getah. semangat sentiasa berkobar,namun halangan saling menimpa. mungkinkah di sebalik semua ini terdapat hikmah yang berbaloi dengan setiap pengorbananku ya Allah? Aku berserah kepada-Mu ya Allah.



Wednesday, 27 June 2012

When i was..




Bapa

mi
Mami

1st

2nd

3rd

4th

                                              5ft                                                                                               


6th



ni beloved saya :)




Monday, 25 June 2012

 muka2 riang kami :)

^
 sempat makan pau ayam rendang..rm1.70 


 Secret Recipe Tmn.Connaught



 oopssss :D <3 it!

hoho...Y1S1 faces

Andai kita menyinta..

Andai kita menyinta,jangan dipuja cinta itu seperti bunga, kerna..bunga akan layu di akhir musimnya..Biarlah cinta itu seperti sungai yang mengalir,kerna ia akan mengalir buat selamanya.

Telatatah insan romantika. Bunga itu indah.mekar dan berkembangan.yang mungkin memberi seribu satu ketenangan kepada si pencintanya. Aroma yang melonggarkan pembuluh darah di seluruh pelusuk tubuh. segar-bugar. tenang. aroma yang bisa melalaikan..umpama petikan gitar di hening subuh..Namun,ketika musim tiba di penghujungnya, sang bunga mula menutup tirai kamarnya..menyembunyikan setiap keindahan yang tercemar oleh tatapan setiap mata si pemuja.layu dan kemudian luruh. luruh dengan harapan yang masih mengunung, semoga si pencinta dan si pemujanya kekal menghidu sisa-sisa aroma yang ditinggalkan di sebalik kelopak kering. Hampa, kelopak nan layu disisihkan..aroma yang masih bersisa tidak dipedulikan lagi, tenggelam dalam aroma sang bunga yang baru, kemudian jatuh ke tanah yang setia menanti..dipijak dan oh....hancur oleh si pencinta, bersama hancurnya harapan nan tinggi..meminta ia tetap dipuja walau semakin pudar,hilang aromanya.

Keluhan Si Kuntum
wahai pencinta, 
andai dapat ku ramal nasibku,
 takkan sesekali ku pertaruhkan nasibku di genggamanmu.
di saat aku mekar mewangi,
kau tempatkan aku di hatimu, di tempat yang tinggi,
yang tak mampu tergapai oleh tangan yang lain.
namun,
disaat aku mulai layu,
hilang seri dan aromanya,
kau singkirkan aku jauh dari hidupmu.
kau tempatkan aku serendah-rendahnya,
sehingga tak mampu kau mencapaiku kembali.
wahai si pemujaku,
takdirku kau telah susunkan,
sehingga ke akhir hayatku,
aku hiasi ruang hidupmu dengan keindahan,
dan kupenuhi ruangmu dengan aroma nan mewangi..
sehingga kelopakku terlerai,
kau hancurkan aku dengan egoismu,
dan satukan aku dengan sang tanah,
yang setia menimbus setiap keping-keping harapku.



sekadar gambar hiasan :D

Sunday, 24 June 2012

Walking all the time :D

Hello peeps :

Saya bukan blogger :P . Itu hakikat, dan realiti yang patut saya dan anda semua tahu. maka, sebab saya bukan blogger-lah anda dilarang untuk menegur sebarang kesalahan tatabahasa yang terdapat di dalam page ini ! walaupun saya harus akui bahawasanya saya kini secara rela mahupun paksa bergelar BLOGGER kerana saya mempunyai BLOG, namun hakikat tetap hakikat..yang saya bukan blogger yang mampu menulis kata-kata puitis dan menitipkan coretan yang maha manis bermadu dan berbunga harum mewangi.

Namun saya dengan yakinnya menyokong kata hati saya yang menyatakan bahawa bukan mereka yang jaguh bermain dan mencorakkan bahasa sahaja yang BOLEH menulis. haha. 

Sesetengah orang berpendapat (dan memang saya akui) , menulis memerlukan bantuan M.I.N.D.A dan H.A.T.I. Skrip itu skrip menarikkah, berjayakah, ataupun gagalkah..kesemuanya diterjemahkan kepada cara kita berfikir dan bertindak. Begitulah halnya dengan saya, mungkin ketika jari mula mengetik papan kekunci ini, fikiran dan hati saya sedang berbicara,maka terbaitlah sepatah dua kata yang sedang anda tatapi. 

Jari terhenti. minda beku. kemalasan mula melanda. MALAS? punca,faktor utama yang mengagalkan saya dalam banyak perkara. Jika anda ajukan soalan mengapa saya gagal menjadi sekian dan sekian, maka malas itulah puncanya. 

p/s: jangan malas nak! malas itu akan membuat kamu gagal. oke?

     # InsyaAllah 
      
      

Saturday, 23 June 2012

jom intai ni~

http://permatakata.wordpress.com/2008/04/17/mutiara-kata-keluarga-bahagia/


http://www.youtube.com/watch?v=sQxIU6JZEgA

ini cherita saya, anda bagaimana?




smile always oke? aku simple,macam dalam gambar ni..lahir je memang dalam family yang seadanya..tak pernah kebulur tak dapat makan..walau cuma nasi putih berlaukkan ikan kering, dan pernah saja kami enam beradik makan berkuahkan air gula..tapi rezeki makan tak pernah x ada. (kalau anak makan nasi putih kuah air gula, apa agaknya mak ayah kami makan kn? ke tak makan langsung?) 
tapi, itu cerita zaman kecik2 kami dlu..serba sederhana. sekarang, kami tetap macam ni..sederhana..cuma, better dari dulu.
gambar family stakat ni belum dapat di muat turun.
ini carta hati aku :
mumy (Inah) + bapa(Gusupin)
anak2 mumy n bapa
1.Alexius
                                                            2.Alfred
3.Valentine
4.Airin Suzie
5.Edith
6.Clarence

auchhh...memang susah..cari photo pun masalah juga kan? 
dah awak tak balik kampung, camne nak ambik gambar sayang oiii?tettttttttttt!!!
later oke? promise..later :)


itu tentang aku..
tiada apa yang istimewa tentang aku..
P/S:
setiap insan di dunia ini sememangnya mempunyai keistimewaan tersendiri,kan?

value it peeps : syukurlah nak. HAHA!