Wednesday, 11 July 2012

sukahatikamulaabui~KAU HEBAT.

Memang susah untuk menjaga hati semua orang disekeliling kita. kalau kita jaga hati pihak yang disini,yang disana pula tidak puas hati. sabarlah hati! perkara yang sangat menyakitkan hati ialah part dimana kita berusaha untuk menjaga hati orang,tetapi tidak dihargai...diperlekeh. sakit hati yang amat. andai mulut ini mampu untuk meluahkan semua yang terbuku dihati, pasti kamu akan terluka KAWAN. andai tiada perasaan ingin menjaga hati dan perasaan kau kawan, pasti kau akan menelan air liur yang paling KELAT pernah kau rasakan. tapi apakan daya, mulut ini tidak selancang PISAU BELATI milikmu..dan hati ini masih mempunyai belas dan simpati untukmu.walau hakikatnya kau langsung tidak peduli.perasaan mereka yang berada disekitarmu umpama mainan cuma. boneka semata-mata.dan kau tetap akan tidak peduli dengan BONEKA-BONEKA itu KAWAN.


Utuhnya hatimu KAWAN. utuh dengan ego. utuh dengan kemegahan. hanya kerana kau mampu untuk bersuara. tidak seperti hati ini yang rapuh oleh egoismu. teras egomu seteguh karang dilaut,segagah dinding Tembok Besar China,seluas Lautan Pasifik. kau memang hebat KAWAN. hebat dengan sandiwara, hebat dengan dusta..yang cuma tampak pada orang lain bagimu. sedarkah kau KAWAN, yang diri ini cuma insan biasa..tidak lekang dengan kesalahan dan kesilapan, dan adakah kau sedar KAWAN..yang kita adalah sama walaupun tidak serupa, sedarkah kau yang kita hanyalah hamba Allah?






Astaghfirullah..I ask for Your forgiveness Allah..I used to be emotional,and not rational in handling with Your test on me. Guide me and protect me Your Almighty.. Amin Ya Rabbal 'Alamin..

No comments:

Post a Comment